Tuesday, 27 December 2011
Kehilangan Kawan Tersayang..
Tanggal 23/12/2011 (jumaat, jam 2 lebih waktu pagi) aku menerima berita yg amat menyentuh perasaan aku..Macam xpercaya. Tetapi, itulah hakikat yg aku harus terima. Setelah sekian lm menderita akibat penyakit yg agak sukar diubati, akhirnya kwn aku (Hasni Linda binti Senin) telah meninggalkan kami semua. Perginya adalah satu kehilangan yg agak perit juga bagiku. Dialah satu-satunya kwn yg berlainan course dan rapat dengan aku sewaktu menuntut di KUSZA, Terengganu. Dia dari Gemencheh, Negeri Sembilan mengambil course Human Resource, manakala aku Accounting..Kami menjadi rapat kerana bilik di hostel sebelah menyebelah. Kadang2 kelas pon ade yg sama. kalau ke pasar malam..slunye die yg banyak beli makanan..dan aku plak disuruhnya habiskan. Dia mmg pemurah.Aku juga menjadi tempat utk die meluahkan perasaan. Dengan family die..smua aku kenal..kerana pernah ke umah die di Gemencheh..Skg die sekeluarga da pindah ke Batang Melaka..berhampiran empangan..itu pon aku da sampai masa melawat die bulan 9 tahun ni..Rupanya waktu aku melawat die tempoh hari sehingga ke hari die meninggal...97 hari jer jaraknye..Terima Kasih ya Allah kerana berikan aku kesempatan untuk berjumpa dengan nya. Cume aku sedikit terkilan kerana tidak berkesempatan utk menghantar gambar Konvo KUSZA 2004 kepada arwah..itulah yg dimintanya kali terakhir daripadaku..Semoga rohnya tenang di alam sana.dan di masukkan ke syurga bersama-sama golongan yang terpilih..Amin..Al-fatihah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment